Tips
4 Tips Pakai Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Tona Kulit
#1 – Kulit Gelap
Siapa yang kata kulit gelap ini tidak menawan? Sebaliknya tona kulit gelap adalah tona kulit yang paling verstail berbanding tona kulit yang lain. Mereka yang miliki kulit warna ini bakal kelihatan cantik dengan kebanyakan warna solid dan terang. Sebagai contoh, merah, jingga, hijau, plum, lavender, kuning serta royal blue amat sesuai dipadankan dengan kulit gelap. Ia bantu tonjolkan sifat kontra terhadap rona kulit sekaligus naikkan seri wajah. Untuk penampilan yang lebih berani dan menyerlah, gayakan tudung berwarna neon, pastel dan neutral. Elakkan memakai tudung yang berwarna kusam seperti coklat dan hitam kerana ia boleh tenggelamkan penampilan diri.
#2 – Kulit Sawo Matang
Majoriti rakyat Malaysia memiliki kulit jenis ini. Maka, warna tudung yang sesuai dipakai adalah krim, biru navy, ungu, merah hati dan hitam iaitu lebih kepada warna ronapastel, terang dan gelap. Elakkan pilih rona warna yang seakan warna kulit sawo matang seperti kuning dan coklat gelap kerana ia buatkan penampilan tampak suram dan tidak menyerlah.
#3 – Kulit Kuning Langsat
Bagi kulit jenis ini, dinasihatkan untuk mengenakan tudung rona terang dari warna merah jambu, merah, kuning dan biru. Bagaimanapun, elakkan gayakan tudung yang berwarna krim, coklat dan oren. Warna tersebut jadikan kulit wajah tampak kusam.
#4 – Kulit Putih
Mereka yang mempunyai tona kulit cerah, tiada masalah untuk kenakan sebarang jenis warna sama ada warna gelap atau warna cerah. Hampir setiap warna sesuai dikenakan dengan warna kulit ini. Diri kelihatan lebih berseri bila mengenakan warna kontra dengan kulit iaitu hitam, kelabu, merah, biru dan ungu. Warna-warna ini membuatkan raut wajah anda tampak lebih cerah bercahaya. Pun begitu, elakkan warna pastel, pudar dan beige sebab warna-warna itu menyebabkan kulit kamu kelihatan sangat pucat.

Leave a reply