Tips
Tips memilih pakaian untuk wanita gemuk
Seringkali kita dengar orang kata, kalau tak nak nampak gemuk kita kena pakai pakaian yang berwarna hitam atau gelap.
Hitam boleh buat nampak lebih kurus. Ye ke?
Sebenarnya rumusan tu tidak betul sepenuhnya. Hasil dari kajian saya dan seminar seminar berkenaan imej serta pendapat daripada sahabat saya yang bergelar perunding imej, teori baju hitam atau gelap itu adalah tidak tepat.
Bila saya fikir semula, betul juga kata mereka. Yelah, takkan lah saya nak pakai warna hitam dan gelap setiap hari kan.
Takkan raya pun nak pakai macam tu. Macam berkabung pulak. Huhuhu…
Menurut pakar-pakar perunding imej, warna cerah pun boleh beri ilusi kurus pada si pemakainya. Asalkan ia bertepatan pada si pemakainya.
Isshhh, pening. Macam berbelit kan.
So, untuk ringkaskan, saya beri 3 tips pilih pakaian untuk wanita gemuk. Tidak kira samada wanita gemuk itu pendek atau tinggi.
1) Pilih corak yang tak nampakkan kegemukan diri.
Corak yang melintang akan tambahkan lagi ilusi lebar pada si pemakainya. Sebaliknya, pilih corak yang horizontal.
Jika cikpuan gemar pakaian yg bercorak, sebaiknya corak tersebut tak seharusnya melebihi saiz tapak tangan cikpuan. Lebih kecil lagi bagus.
2) Design pakaian tersebut tak tambahkan lagi volume pada tubuh.
Sebagai contoh, jika cikpuan mempunyai bentuk tubuh badan berbentuk “pear”, elakkan pakaian yang tonjolkan bahagian pinggul seperti ropol-ropol pada bahagian tersebut.
Itu akan menyebabkan pinggul cikpuan nampak lebih besar. Pilih pakaian yang mempunyai design ilusi kurus.
Ada baju yang designnya nampakkan baju tu seolah-olah berpinggang. Tapi sebenarnya tak. So kalau jumpa baju macam tu, grab cepat.
3) Jenis Fabrik.
Elakkan lilih pakaian yang diperbuat dari fabrik yang agak keras teksturnya. Ini kerana ia akan beri impak lebih lebar pada tubuh badan.
Elakkan juga fabrik yang jenis berkilat kerana pantulan cahaya akan buatkan si pemakainya nampak lebih bambam gitu.
Pilih fabrik yang lebih lembut seperti satin namun yang jenis kilat sangat, sutera atau chiffon.
Apa pun, elakkan pilih fabrik yang melekat di tubuh badan. Apatah lagi kalau sizenya tu ketat.
Memanglah fabrik yang bersifat spandex mampu ‘muat’ untuk apa jua jenis saiz badan. Tapi Allahuakbar…
Akan nampak segala benjol-benjolan yang tak sepatutnya nampak. Dah elok-elok orang tak tau, jadi tau pulak benjol-benjol tu semua kannn. Oppsss…
4) Saiz yang tepat.
Ramai wanita gemuk pilih untuk pakai pakaian yang longgar. Dan sememangnya menjadi tuntutan syariat Islam untuk pakai pakaian yang longgar.
Cuma janganlah terlalu longgar kerana ia akan nampakkan diri lebih gemuk. Dan janganlah pula terlalu ketat. Nanti nampak tak elok pulak (sakit mata gitu).
Saiz biarlah bertepatan dengan ukuran badan. Senang cerita sedang elok dibadan. Ngam-ngam je.
Seeloknya, bila nak beli baju silalah semak dahulu ukuran saiz baju tersebut. Adakah bertepatan dengan saiz badan.
Jangan hanya bergantung pada tulisan saiz S, M, L atau XL pada baju tu. Sebab setiap jenama atau design punyai ukuran yang berbeza.
Dan ada banyak juga seller yang menjual gunakan istilah free saiz. Kononnya boleh muat dari saiz M sampai XL.
Mana boleh macam tu. Seriously salah. Setiap baju mesti ada ukurannya.
Ini adalah sebahagian tips pilih pakaian untuk wanita gemuk. Sebenarnya ada lagi bbrp tips dalam pilih pakaian ikut bentuk tubuh badan wanita.
Di mana secara asasnya bentuk tubuh wanita terbahagi kepada 5 bentuk.
InsyaAllah saya akan kongsikan tips-tips tersebut akan datang.
Semoga ilmu yang sedikit ini bermanfaat buat semua. Tidak kira sebagai pengguna atau peniaga.

One Comment
muslimah
Gambar tak berkenaan. Org pakai tudung tak kan pakai macam tu.